Kelab Reformasi Universiti-keADILan

Pengalaman Sebenar
.
.
True Experience
Wednesday / Rabu, April 14, 1999

Artikel-artikel Mesti Baca
Wan Azizah Corner PictureSebagai rakyat yang patriotik, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa negara kita keluar dari kemelut sekarang. Maruah negara perlu dikembalikan. Arang yang terconteng di muka bangsa Malaysia perlu dibersihkan. Nama Malaysia perlu diharumkan kembali, iaitu negara yang mempunyai rakyat yang berani berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan." Dr. Wan Azizah

BERITA TERKINI

From: Red Dragon <[email protected]>

Cerita KL tadi

Saya menyanjung keberanian anak muda kita. Di hadapan
Dayabumi. Hujan air pemedih mata mencurah-curah
membasahi mereka. Sekumpulan kecil pelajar memacakkan
kaki dan tidak berganjak walaupun badan mereka hampir
tumbang ditembak pancutan dari jarak yang begitu
dekat. Saya memerhati dengan mata yang agak kabur. Air
mata. Bukan sedih, tapi pedih! Bagaimana dengan mereka
yang basah kuyup? Setelah tidak tahan berdiri, mereka
duduk di dalam kolam asid berbuih itu! Hujan pekat
berterusan. Semangat... semangat!

Saya amat menghormati saudara Tian Chua. Pada satu
ketika di tengah-tengah hari tadi, ribuan manusia
berkumpul mengelilingi beliau. Saya memanjat batu yang
tinggi. Darah merah di dahi Tian Chua. Baru sahaja
dibelasah. Para wartawan sibuk menemu-ramah.
Jurugambar sibuk mengambil gambar. Tidak lama kemudian
beliau mengisytiharkan: Saya tidak akan berganjak dari
sini sehingga polis mahu menerima aduan saya.
Pendiriannya ini mendapat tepukan gemuruh. Sementara
itu 2 orang diusung keluar daripada himpunan manusia.
Satu patah hidung dengan muka berbalut, dan seorang
lagi sudah patah kakinya dan tidak mampu berjalan
sendiri. Semuanya 4 orang dibelasah.

Konvoi reformis yang berarak pun tiba. Panjang cerita
mereka yang berarak ini. Mula-mulanya di sebelah
Mahkamah Sesyen. Kemudian berarak ke benteng sg gombak
bertentangan dengan Masjid Jamek. Syarahan diberikan.
Di sini juga pengumuman Anwar bersalah dibuat.
Kemudian bergerak melalui Dayabumi ke sebelah Masjid
Negara. Bersyarah lagi. Hisyamudin Rais juga buat
ucapan. Kemudian bergerak melalui terowong ke hadapan
Dayabumi. Diserang. Di sinilah pemuda-pemuda tadi
bercangkung dalam air buih. Kebanyakan yang lain
bertempiaran lari. Berarak semula ke Central Market.
Ketika menyeberangi sungai klang kami ternampak SB-SB
menyerbu di belakang CM. Kami ingatkan untuk
memerangkap kami dari sana. Rupa-rupanya untuk
membelasah Tian Chua dan rakan-rakan di sana. Selepas
menunaikan tanggungjawab mereka, SB-SB itu berundur. 4
orang mangsa ditinggal bergelimpangan.

.........

Lunchtime. Semakin ramai wargakota yang keluar dari
ofis. Laungan reformasi bergema. Lagu patriotik
berkumandang. Malik Hussin juga memberi ucapan tidak
akan berundur. Tiba-tiba air tersembur tinggi. Kuning
cerah warnanya. Watercannon truck meluncur ke hadapan.
Tian Chua dan beberapa rakan bertekad tidak berganjak.
Apabila lori terlalu hampir, ada yang mengheret Tian
Chua tetapi beliau direntap polis. Kemudian disepak,
ditendang, dan diterajang sekali lagi sebelum
ditangkap. Beberapa orang pemuda terperosok ke bawah
lori pemancut air. Saya tak pasti mereka berjaya lari
atau tidak. Pada waktu itu mata, lidah dan tekak saya
pedih. Jalanraya basah berbuih. Orang ramai semakin
geram. Pada mulanya anak-anak muda membaling botol
plastik. Ini dibalas lagi dengan air buih.
Bertempiaran. Lori berundur. Anak-anak muda semakin
garang. Kayu dan sampah-sarap dibaling. FRU datang.
Cabuut... Bila FRU berundur, anak muda kembali mara.
Kali ini batu jongkong di bahu jalan dikorek. Mereka
memecah-mecahkannya dengan menghentak pada permukaan
jalanraya. Lebih kecil dan sedap digenggam. Bertaburan
batu-batu. Dikutip dan dilontar ke arah barisan merah.
Ada sebatang kayu panjang yang mengenai lori.
Bystanders cina, india, melayu bersorak.

"Eh itu Sabri Zain," abang saya kata. Saya bersalaman
dengan beliau. (Wah, panjang nampak nota kat tangan
you, Sabri) Tiba-tiba tong sampah plastik DBKL dibakar
di tengah-tengah jalan. Asap hitam berkepul-kepul.
Sabri bergerak ke hadapan, saya bergerak ke belakang.
Pasukan merah kembali dengan semburan. Lariiii lagi.
Gas pemedih mata ditembak. Satu jatuh di hadapan
Bangkok Bank. Satu lagi saya ternampak berterbangan di
celah-celah bangunan jauh di hadapan sana. Dan satu
lagi jatuh di perhentian bas sebelah Central Market.

Saya lari. Peniaga cina sibuk menutup kedai. Saya
kata, "jangan takut, kami cuma lawan mereka(sambil
menunjuk ke arah FRU.) Awak jangan risau." Seorang
lagi menambah. "Ini Malaysia, bukan Indonesia!" sambil
ketawa. Peniaga tadi turut ketawa dan tak jadi menutup
kedai. Saya perasan ramai juga cina dan india yang
terikut-ikut sama dengan kumpulan melayu yang main
tarik-papan sorong papan ni. Yang lain sibuk
mengendap-ngendap ke arah FRU. Mereka tidak takutkan
orang demonstrasi tetapi mereka takutkan keganasan
FRU. Bagi mereka FRU yang jahat.

Selang 5 minit kemudian anak muda membalas semula. 4-5
tong sampah DBKL dibakar di tengah-tengah jalanraya.
{Boleh dikatakan anak-anak muda ini agak out of
control.) Permukaan jalanraya masih basah dan dipenuhi
buih-buih. Asap hitam bercampur dengan wap pedih...
air mata saya mengalir. Panas, dahaga, pedih. Sudah 5
jam saya berjalan ke hulu ke hilir, menjerit,
bersorak, untuk keadilan. "Kita bergerak ke Masjid
Jamek!" jerit anak-anak muda. Saya berkata pada abang
saya, "cukuplah untuk kita. Jom balik."

Kami singgah di main office PKN di PJ untuk menghantar
12 permohonan keahlian. Minta another 30 borang.
Seorang reformis tiba. "Mana kamera? Kamera?" dia
bertanya sambil menyelak belakang baju. Tu diaa.. satu
jalur merah menyala terkena rotan.

6 tahun untuk Anwar?
Kita tiada pilihan lagi.
Our target: BN MESTI TUMBANG!!

Red Dragon

 

"Political parties and non-government organisations must work together and set aside their differences in order to free Malaysia from continuing stranglehold of crisis and oppression.... Our party is prepared to sacrifice its own interests in order to achieve the larger goal of forging a credible alternative to the Barisan Nasional   (National Front),"   Dr Wan Azizah

Kelab Reformasi Universiti-keADILan | HOME |

Hakcipta � 1999 Jabatan Penerangan Pusat, Kelab Reformasi Universiti - keADILan.
Semua Hak Terpelihara.
E-mail : [email protected]